Utama > majalah pc > INOVASI enjin carian untuk peminat BLOG!

INOVASI enjin carian untuk peminat BLOG!

Google antara enjin carian internet yang terselamat dalam ledakan DOT COM beberapa tahun lalu. Malah, kedudukannya dalam arena enjin carian semakin mencengkam, sambil menyaksikan kejatuhan enjin carian lain. Kini, ia tampil sebagai sebuah syarikat gergasi yang disegani dan meluas pengaruhnya di serata dunia.

Bagaimana dengan kedudukan pesaingnya? Anda masih ingat nama-nama popular seperti Yahoo!, Lycos, Ask (lihat gambar), MSN, Altavista, dan lain-lain lagi? Sebahagian enjin carian itu masih ada dan berupaya meneruskan operasinya hingga ke hari ini. Antara enjin carian yang masih disukai ialah Yahoo! dan MSN.

Wajah baru enjin carian Ask.com

Demikianlah, takdir syarikat berkaitan internet yang ada pasang surutnya. Jika syarikat ini tidak melakukan sesuatu, lambat laun ia tidak dapat bertahan dan dilupakan. Sebagai langkah untuk terus hidup atau relevan dengan kehendak semasa pengguna dan industri, maka enjin carian perlu menawarkan pelbagai inovasi.

Menyedari hakikat ini, Google terus menampilkan pelbagai inovasi yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini. Di tahun terawalnya, Google turut menawarkan khidmat carian maklumat seperti enjin carian lain. Dan selepas itu, ia tampil dengan pelbagai inovasi seperti iklan internet, carian imej satelit, dan jaringan sosial.

Sebahahagian inovasi yang ditampilkan memanfaatkan kelebihan teknologi Web 2.0 yang menjadi teras aplikasi interaktif dan boleh menarik minat ramai pengguna internet. Menerusi dananya yang besar, Google juga mampu menguasai syarikat kecil berpotensi – contohnya khidmat membina blog seperti Blogger.com.

Strategi menampilkan inovasi juga dicontohi enjin carian lain. Tidak terkecuali, enjin carian Ask.com (lihat gambar), yang mungkin kurang dikenali pengguna internet. Terbaru, ia menampilkan pemuka tiga dimensi (3D) dengan beberapa pilihan menarik. Selain itu, ia dilengkapi fungsi carian web, imej, berita, dan blog..:)

Edisi Julai 2007 kini di pasaran!

Selain enjin carian Ask.com, populariti blog juga dijadikan topik utama dalam Majalah PC keluaran terkini. Edisi Julai 2007 kini ada di pasaran. Dapatkan sekarang sementara stok masih ada. CETAKAN TERHAD! Jika berminat, anda juga boleh melanggan maklumat dari laman web ini melalui aplikasi PERCUMA ini..:)

Kategori:majalah pc
  1. Julai 1, 2007 at 12:17 pm

    saya juga telah melihat sebahagian fungsi laman ask.com di laman web saya. terdapat banyak fungsi yang kelihatan lebih menarik dari enjin carian google.
    Search Engine: Ask.com New Look -> http://belacan.wordpress.com/2007/06/06/search-engine-askcom-new-look/

  1. Mei 6, 2014 at 4:52 am
  2. Januari 15, 2015 at 12:14 am
  3. Mac 6, 2015 at 5:11 am
  4. Mac 11, 2015 at 10:10 am
  5. September 14, 2015 at 1:36 am

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: