Utama > majalah pc > Memilih PC sebagai STUDIO muzik digital

Memilih PC sebagai STUDIO muzik digital

Ramai orang tanpa mengira usia meminati muzik. Tetapi mungkin tidak ramai mampu menghasilkan muzik sendiri. Mungkin tidak ramai yang berminat, tiada bakat atau tiada kemudahan untuk melakukannya. Orang yang berminat dan dianugerahi bakat pasti berusaha atau mencari jalan melaksanakannya, hingga berjaya.

Siapakah mereka..? Golongan ini terdiri daripada mereka yang sudah mencipta nama di arena muzik tanah air dan mereka yang masih tercari-cari tapak atau belum berjaya. Mereka yang berjaya sudah membuktikannya menerusi karya atau ciptaan yang boleh dipasarkan atau mendapat tempat di hati peminat selain stesen radio, TV, dan internet.

Edisi Ogos 2007 kini di pasaran!

Golongan yang belum berjaya sebahagiannya dikategorikan sebagai “underground”. Bergerak tanpa sebarang publisiti atau modal yang mencukupi. Modal mereka hanya kegigihan, bakat, selain alatan yang mampu dimiliki. Sebahagiannya hanya setakat memiliki sebuah PC yang dilengkapi perisian tertentu untuk dijadikan studio.

Sebenarnya, bukan murah untuk menyediakan sebuah studio yang serba lengkap. Pada masa sama, tidaklah mahal untuk memiliki sebuah PC dan perisian yang berupaya mencipta muzik digital. Jika tiada studio khas mungkin sebuah bilik di rumah, sesuai dijadikan studio yang menempatkan PC dan beberapa peralatannya.

Tambahan, PC yang semakin baik prestasinya boleh dibeli di pasaran pada harga mampu. Kebanyakan PC terkini menawarkan pemproses seperti Intel Core 2 Duo, memori serendah 1GB, dan kad bunyi canggih. Ini menunjukkan, sebuah PC juga mampu mencipta muzik yang setanding, jika tidak lebih baik daripada Mac.

Jika anda berminat dan ada bakat, sediakan sahaja kemudahannya, setakat yang termampu. Sehubungan itu, Majalah PC edisi Ogos 2007 mendedahkan beberapa perkakasan dan perisian audio yang sesuai digunakan. Apa yang pasti, ramai penggiat muzik masa kini telah memilih PC untuk melengkapi studio digital mereka.

Anda pula, mungkin memilih Majalah PC untuk menambah ilmu mengenai bidang yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Di samping topik audio digital, beberapa topik IT lain yang menarik turut diketengahkan. Jika berminat, anda boleh melanggan pelbagai sumber atau maklumat berkaitan ICT, secara PERCUMA di sini.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: