Utama > majalah pc > Apple iMac baru, lebih elegan dan hebat?

Apple iMac baru, lebih elegan dan hebat?

Makin canggih malah ramah pengguna. Mungkin inilah kesimpulan yang boleh dibuat setelah “bersemuka” dengan versi terkini komputer iMac, yang dilancar baru-baru ini. Nampaknya, komputer keluaran Apple ini tampil dengan reka bentuk lebih bergaya, elegan dan masih mengekalkan cirinya yang mudah dikendalikan.

Selain dilengkapi hanya sebutir skru, penciptanya memilih aluminium dan kaca sebagai material atau bahan untuk membina “badannya”. Kedua-dua bahan terpilih ini juga mencerminkan ketahanan, elegan, dan boleh dikitar semula. Inilah antara kelebihan pada komputer canggih yang tampil dengan reka bentuk kompak ini.

iMac terbaru berkuasa Intel Core 2 Duo

Sekali imbas, iMac baru ini bukan sebuah komputer biasa. Jika dibandingkan dengan sebuah PC dekstop, ia seolah-olah tidak memiliki unit pemproses pusat (CPU). Atau hanya sekadar monitor LCD, papan kekunci, dan tetikus. Sebenarnya, unit CPU itu sudah dicantum bersama LCD yang turut dilengkapi pelbagai “port”.

Anda mungkin juga tertanya-tanya, ke mana perginya aksesori yang lain. Aksesori seperti pembesar suara, kamera video, dan mikrofon sebenar sedia terbina pada CPU tadi. Saiznya juga agak kecil dan senang pula terlepas pandang. Apa yang menariknya komputer ini dilengkapi pemproses Intel Core 2 Duo yang terkini.

Penggunaan cip Intel dalam komputer Apple mungkin tidak pernah difikirkan beberapa tahun lalu. Namun, impian ini terus menjadi realiti, menerusi kemunculan produk seperti iMac. Spesifikasi yang ditawarkannya juga tinggi, misalnya memori (RAM) mencecah 4GB (Gigabait) manakala storan sehingga 1TB (Terabait).

Itu kemampuan perkakasannya. Tidak dinafikan, prestasi iMac juga menonjol jika dipakej dengan pelbagai perisian yang canggih dan terus ditambah baik. Contohnya perisian iLive ’08 kini menggabungkan pelbagai aplikasi (seperti iPhoto, iMovie, iWeb, iDVD, dan GarageBand) untuk mengendali pelbagai media digital.

International Hacking Competition 2007

Mungkin, kemunculan iMac baru ini menandakan Mac dan PC terus bersaing atau lebih tepat lagi memberi pilihan kepada pengguna yang berbeza cita rasa dan keperluannya. Seperti yang kita ketahui, kedua-duanya mampu mengendalikan aplikasi multimedia. Cuma Mac masih dilihat eksklusif manakala PC lebih terbuka..:)

Jika berminat anda boleh mendapatkan Majalah PC edisi Ogos 2007 yang sedang beredar di pasaran. Topik yang turut dibincangkan mencakupi perkakasan dan perisian untuk mencipta muzik digital. Selain itu, anda boleh melanggan pelbagai sumber atau maklumat tambahan yang berkaitan ICT, secara PERCUMA di sini..:)

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: