Utama > majalah pc > Nyesal juga, PC ni tak boleh main games!

Nyesal juga, PC ni tak boleh main games!

September 12, 2007 Tinggalkan komen Go to comments

Ketika asyik membeli belah di gedung/kedai menjual PC dan akseseorinya, selalu juga terdengar pengguna mengeluh. Antaranya, “PC yang saya baru beli tu tak sesuai main games. Kira menyesal juga, tapi nak buat macam mana, sudah terbeli…”. Begitulah kurang lebih keluhan sesetengah pengguna PC yang kurang teliti.

Sebenarnya kesilapan kecil seperti ini perkara biasa. Malah, boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Beberapa faktor boleh menjurus kepada kesilapan tersebut. Ini termasuklah terlalu tergesa-gesa membeli PC mungkin kerana keperluan semasa yang mendesak. Contohnya, sekadar untuk menyiapkan kertas kerja atau tugasan.

MPC September 2007 kini di pasaran!

Dalam keadaan mendesak itu, ada pengguna yang tidak sempat membuat kajian. Sedangkan pelaburan (PC atau notebook yang dibeli) mereka nanti mungkin mengecewakan. Pada masa sama, bajet mereka mungkin terbatas selain gagal untuk mengenalpasti spesifikasi PC yang dapat memenuhi keperluan sebenar mereka.

Sehubungan itu, pengguna mungkin sekadar membeli PC yang minimum spesifikasinya. Sedangkan PC itu lebih banyak digunakan untuk mengendalikan aplikasi yang perlukan lebih sumber, seperti bermain games. Pada ketika itu mereka menyedari kuasa CPU, memori, dan kad grafik PC tersebut kurang berkemampuan.

Dilema ini boleh diatasi jika spesifiksi PC yang dibeli itu memberi peluang untuk menaik taraf. Contohnya, papan induknya menyokong CPU lebih berkuasa, mengizinkan RAM ditambah, dan menyokong kad grafik berasingan. Jika gagal menaik taraf, mungkin terpaksa membeli PC baru atau gunakan apa yang ada..:)

Untuk maklumat lanjut mengenai games, dapatkan Majalah PC edisi September 2007 – yang kini beredar di pasaran. Topik yang ditampilkan merangkumi perkakasan, seperti kad grafik dan judul games terkini. Anda juga boleh melanggan pelbagai sumber atau info tambahan yang berkaitan ICT, secara PERCUMA di sini.

Kategori:majalah pc
  1. dfinc
    September 12, 2007 at 2:22 pm

    ohohoho~ the same things happen to me..
    mpcx, tak nak keluarkan lagi ker pasal muzik dalam teknologi..
    i hope there will be about Fruity Loops soon..
    MAJULAH MPCX !!

  2. Jun 5, 2013 at 9:59 pm

    Hmm it seems like your site ate my first comment (it was super long) so I guess I’ll just sum it up what I submitted and say, I’m thoroughly enjoying your blog.
    I too am an aspiring blog writer but I’m still new to the whole thing. Do you have any points for beginner blog writers? I’d really appreciate it.

  1. Mei 27, 2014 at 10:16 pm

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: