Utama > majalah pc > Kemusykilan anda akan terjawab di sini!

Kemusykilan anda akan terjawab di sini!

Lebih sedekad lalu, ramai yang melihat teknologi maklumat (IT) hanya untuk kelompok tertentu sahaja. Ini termasuklah golongan yang mahir mengendalikan komputer seperti jurutera atau pengaturcara. Pada ketika itu, orang biasa sekadar memerhati atau mendengar kehebatannya yang mampu mengubah ekonomi dunia.

Itu cerita lama. Tetapi situasi hari ini sudah berubah. Teknologi yang pernah dianggap eksklusif itu menjadi milik semua orang. Sesiapa sahaja mampu menguasainya asalkan berminat. Malah, orang ramai dari murid sekolah hingga warga emas digalakkan mengguna prasarana IT, sekali gus untuk merapatkan jurang digital.

Edisi Oktober 2007 kini di pasaran!

Seperti kemahiran yang lain, kemahiran IT juga boleh diajar dan dipelajari. Ia boleh dimulakan dengan satu pertanyaan ini: bagaimana? Bermula dari pertanyaan yang bersifat ingin tahu ini, individu boleh meneroka sesuatu yang baru/asing baginya sebelum ini. Dengan sedikit dorongan sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Dorongan yang dimaksudkan ini datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya, galakan kerajaan dan prasarana yang disediakan seperti PC dan talian internet. Kewujudan pelbagai khidmat yang berasaskan prasarana ini di seluruh dunia juga menambah minat orang ramai. Misalnya, khidmat berkongsi maklumat menerusi web.

Apabila rasa ingin tahu makin menebal, orang ramai akan menggunakan pelbagai sumber untuk menambah ilmu dan kemahiran mereka. Sebahagiannya boleh diperolehi dari kursus berkonsepkan IT, sumber-sumber dalam internet itu sendiri, atau menerusi pelbagai media massa – termasuk media cetak seperti Majalah PC.

Media yang hampir seusia dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) ini cuba menampilkan sedikit kelainan pada kali ini. Fokusnya adalah berdasarkan kepada soalan ‘bagaimana’. Soalan ini memang popular bahkan sering diajukan oleh pembaca apabila mereka ingin tahu mengenai sesuatu, terutamanya yang berkaitan IT.

Sebahagian pertanyaan yang diajukan ada kaitan dengan perkakasan dan perisian PC. Ada juga soalan yang berhubung kait dengan masalah IT yang pernah dialami ketika mereka belajar, bekerja atau bermain. Sudah menjadi lumrah. Ada pertanyaan senang untuk diselesaikan, selebihnya agak sukar dan memerlukan masa.

Selain Majalah PC, anda boleh melanggan pelbagai maklumat tambahan ICT secara PERCUMA di sini..:)

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: