Arkib

Archive for Februari 4, 2008

Dari Lensa CCTV Ke Tapak Web YouTube?

Februari 4, 2008 Tinggalkan komen

Namanya kembali disebut-sebut orang apabila satu demi satu kejadian tidak diingini berlaku. Sekali sekala ia mencetuskan kontroversi, tetapi selalunya banyak membantu. Terpulang kepada bagaimana ia digunakan dan ditempatkan. Jika ia menjadi pemantau untuk kebaikan, maka kebaikan juga yang akan terhasil. Jika ia menjadi teropong dengan niat serong, maka boleh huru hara jadinya. Sudah pasti mangsa rasa teraniaya..:)

Demikianlah ragam kemudahan televisyen litar tertutup atau ringkasnya CCTV. Barangkali benar juga kata seorang pakarnya, “CCTV bukan sekadar kamera”. Pendek kata ia merupakan suatu teknologi sepadu yang boleh digabungkan dengan teknologi keselamatan yang lain. Contohnya, dari sistem penggera, akses pintu masuk hingga kepada pengecaman raut wajah. Paling menarik, konsepnya nampak tertutup tetapi terbuka!

Edisi Februari 2008 Kini Di Pasaran!

Dari sudut yang lain menunjukkan teknologi canggih ini turut berkembang, selari dengan keperluan semasa dan penemuan baru. Selain boleh dimiliki pada harga mampu, ada juga yang dijual mencecah puluhan ribu ringgit atau mungkin lebih. Terpulang kepada keperluan penggunanya. Sistem yang hanya meneropong di satu sudut, mungkin tidak sama kosnya dengan sistem yang boleh memantau seluruh premis dan bangunan.

Di sini letaknya ‘kemahiran menilai’ keperluan dan sejauh mana tahap keberkesanannya. Samada di pihak yang hendak membelinya atau pihak yang menjualnya. Ada yang sekadar mahu premis mereka dilengkapi beberapa buah kamera, samada ia mampu memantau semua sudut mungkin lain cerita. Manakala di pihak pembekal / vendor, mereka boleh membekal hampir apa sahaja. Pokok pangkalnya kemampuan pembeli.

“Jadi semua pihak perlu diberi kesedaran”, kata pihak pembekal – agar pelaburan pembeli tidak merugikan. Sehubungan itu, ada pembekal yang cuba membekalkan sistem yang dapat memenuhi keperluan pengguna. Antaranya, menawarkan perisian yang menggunakan standard terbuka. Satu pendekatan baru yang mampu menyepadukan perkakasan (seperti kamera) lama dengan yang baru, tanpa menggira jenama pembuatnya.

Bukan itu sahaja, sistem pengawasan (seperti CCTV) telah maju setapak lagi apabila terus memanfaatkan teknologi digital dan internet. Bakal pengguna tidak lagi perlu berharap kepada teknologi analog. Bahkan teknologi digital juga menjanjikan beberapa kelebihan. Misalnya, rakaman CCTV boleh disiarkan melalui talian internet. Maknanya, pihak berkepentingan boleh mengaksesnya tanpa mengira masa dan lokasi..:)

Edisi Februaru 2008 Kini Di Pasaran!

PENGUMUMAN TERKINI!
Dapatkan edisi Februari 2008 yang sudah mula beredar di pasaran seluruh negara. Selain Majalah PC anda boleh melanggan banyak maklumat tambahan ICT secara PERCUMA di sini..:)

Kategori:majalah pc