Arkib

Archive for Mac 2008

Produk Cantuman Memberikan Kebebasan?

Mac 4, 2008 Tinggalkan komen

Siapa sangka, kemajuan teknologi ICT memberikan lebih kebebasan kepada kita semua. Mereka yang tidak menyertai mungkin terasa rugi akhirnya. Ini cukup relevan kepada generasi baru yang lebih mesra dan celik teknologi. Sementara generasi terawal masih berpeluang mencuba, kerana teknologi makin dipermudahkan. Lihat di sekeliling, alat canggih seperti telefon bimbit dan kamera digital bukan untuk orang muda sahaja.

Kemajuan pesat teknologi turut memberi kebebasan untuk memilih. Jika anda dihidangkan banyak pilihan, anda boleh mengundi pilihan terbaik mengikut cita rasa dan keperluan anda. Ini meliputi alat-alat popular masa kini seperti telefon bimbit, kamera digital, dan komputer. Selain harga, pilihan boleh dibuat mengikut populariti jenama atau spesifikasinya. Kadangkala anda menghadapi ‘dilema’ untuk memilih dengan tepat.

Edisi Mac 2008 Kini Di Pasaran!

Ambil contoh kamera digital dan telefon bimbit berkamera. Kedua-dua alat ini menawarkan banyak jenama di pasaran. Suatu ketika dahulu kamera digital dan telefon bimbit ini jauh berbeza. Tetapi dengan kemajuan teknologi sudah ada persamaannya. Paling ketara telefon berkamera yang mampu merakam video dan imej. Ia seolah-olah peranti cantuman atau hibrid yang menawarkan pelbagai fungsi. Pasti ramai mengemarinya..:)

Kamera digital pula mungkin tidak dilihat sebagai peranti hibrid. Tetapi fungsinya bukan sekadar merakam imej-imej pegun. Malah, kebanyakan kamera digital mampu merakam video yang semakin baik kualitinya. Trend menunjukkan saiz megapiksel (MP) kamera digital makin bertambah, storannya juga membesar, dan fizikalnya makin kompak. Ada juga yang menawarkan ciri istimewa seperti menyokong aplikasi YouTube..:)

Edisi Mac 2008 Kini Di Pasaran!

Berbekalkan dua peranti canggih tadi, penggunanya seolah-olah memiliki kebebasan. Secara amnya mereka boleh merakam apa sahaja aksi, babak, kenangan atau objek menarik di keliling mereka. Lebih mengujakan lagi apabila rakaman kreatif mereka boleh dicetak dan dikongsi melalui e-mel, cakera padat, telefon bimbit, atau internet. Malah kewujudan aplikasi e-mel dan web seolah-olah memberikan kebebasan tanpa batasan..:)

Betulkah begitu? Fikirkan kembali. Hakikatnya kebebasan tanpa batasan boleh menjurus kepada salah guna dan hilang kawalan. Jika anda tidak melakukannya mungkin orang lain. Ambil contoh mudah ini. Jika anda merakam imej atau video peribadi, tentu anda tidak mahu ia tersebar di internet. Ini memang boleh berlaku, tetapi boleh dielakkan. Mungkin anda menemui jawapannya dalam Majalah PC edisi Mac 2008. Sekian..:)

Edisi Mac 2008 Kini Di Pasaran!

PENGUMUMAN TERKINI:

Dapatkan edisi Mac 2008, yang sudah beredar di pasaran seluruh negara ketika ini. Selain Majalah PC anda boleh melanggan banyak maklumat tambahan ICT secara PERCUMA di sini. Jangan lupa tontoni rakaman video sensasi ICT, yang pertama kali tersiar di laman web ini. Nak tahu, MUAT TURUN dan saksikan sendiri..:)

Kategori:majalah pc