Utama > majalah pc > Pesta Menimba Ilmu Di Pesta Buku 2008

Pesta Menimba Ilmu Di Pesta Buku 2008

April 4, 2008

Acara tahunan yang ditunggu-tunggu kembali lagi! Mulai 4hb – 13hb April 2008 ini, para peminat bahan bacaan (seperti buku dan majalah) dijemput ‘turun’ ke Kuala Lumpur. Sementara lokasinya masih sama, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Inilah medan tradisinya sejak bertahun lamanya pesta ini diadakan.

Jika semua berjalan lancar dan tiada aral melintang (termasuk hujan lebat atau banjir kilat), pesta ini bakal dikunjungi ramai pengunjung. Tidak mustahil jika pesta kali ini boleh mencatat rekod sejuta pelawat, sekali lagi. Selain bermula di awal bulan mungkin sudah ada ‘berkira-kira’ untuk memborong buku yang diingini.

Edisi April 2008 Kini Di Pasaran!

Sambutan hangat setiap kali pesta ini diadakan jelas menunjukkan industri bahan bercetak masih mendapat tempat di hati orang ramai. Biarpun wujud pelbagai bahan bacaan dalam internet, namun buku dan majalah tetap diminati. Mungkin kerana ia mudah dibaca tanpa perlu kemudahan tambahan seperti PC dan internet.

Begitupun, impak media internet terhadap trend membaca orang ramai tetap ada. Samada impaknya ketara atau sebaliknya mungkin boleh ditentukan menerusi kajian pihak tertentu. Tambah orang ramai sudah bijak dan bebas memilih sumber bacaan yang diminati. Selain akhbar, buku, dan majalah sudah pastinya internet.

Edisi April 2008 Kini Di Pasaran!

Menerusi kemudahan internet, hampir sesiapa sahaja boleh mencipta media sendiri mungkin untuk bacaan orang lain. Antara media yang dianggap popular setakat ini tentu sekali laman blog. Bahkan ada pihak yang melaporkan kini ada setengah juta blog di Malaysia. Bilangannya cukup besar dan mungkin mengejutkan.

Sedikit sebanyak, orang ramai mula teruja dengan kandungan media baru ini berbanding media tradisional. Apa puncanya? Boleh jadi kerana sifat blog yang lebih interaktif, pantas dan bebas. Menerusi blog suasana interaktif amat ketara, manakala bahan boleh disalur dengan lebih cepat dan tidak semestinya perlu ditapis..:)

Edisi April 2008 Kini Di Pasaran!

PENGUMUMAN TERKINI

Dapatkan edisi April 2008 yang sudah beredar di pasaran seluruh negara ketika ini. Selain Majalah PC anda boleh melanggan banyak maklumat tambahan ICT secara PERCUMA di sini. Jangan lupa, kunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di PWTC. Anda pasti akan menemui Majalah PC yang dicari-cari..:)

Kategori:majalah pc
%d bloggers like this: